Posted on 1 Comment

Jamu Ratu Malaya Tidak Boleh Di Jual di Kedai Jamu Atau Toko Kecantikan Biasa.

Jamu Ratu Malaya Online Belian dan Tempahan

Mungkin tak ramai yang mengetahui bahawa pihak Jamu Ratu Malaya telah menarik balik kesemua produk keluaran Jamu Ratu Malaya dari kedai dan toko jamu dan hanya membenarkan ejen-ejen berdaftar sahaja untuk menjual produk-produk tersebut.

Ianya adalah semperna pelancaran program Jutawan Bonda Jamu Ratu Malaya. Tujuan program ini adalah untuk memberi peluang perniagaan kepada orang melayu terutama golongan wanita bagi memperbaiki taraf hidup dan memperkasakan ekonomi golongan berpendapatan rendah. Ejen-ejen yang dipilih akan di saring dari segi pelbagai faktor dan akan dinilai sendiri oleh Bonda Rozita.

Tujuan utamanya adalah untuk melahirkan bakal usahawan berjaya dari golongan-golongan ini. Bonda rozita menyedari kelemahan apabila menjadi ejen sesuatu produk dengan modal yang kecil, ejen tersebut tidak dapat meraih margin tinggi dan akan dilingkupkan oleh ejen-ejen bermodal besar iaitu mereka yang terdiri daripada peniaga-peniaga kedai jamu & pemborong jamu kerana mereka ini mempunyai margin yang tinggi dan boleh bermain dengan harga sehingga harga yang tidak mampu diberikan oleh ejen-ejen bermodal kecil.

Salah satu cara bagi Bonda Rozita mengatasi masalah permainan harga ini adalah dengan menarik balik hak jualan kepada kedai2 dan toko2 jamu. Dengan cara ini, semua ejen tertakluk dengan harga yang sama. Tiada lagi permainan harga yang kotor yang boleh melingkupkan mana-mana ejen. Dan dengan cara ini juga Bonda Rozita dapat mengawal produk tiruan Jamu Ratu Malaya.

Selain itu, ejen-ejen berdaftar di bawah Jamu Ratu Malaya telah dilatih untuk memberikan penerangan produk dengan baik supaya ejen-ejen ini bukan sahaja menjual malah mempunyai pengetahuan tentang masalah-masalah serta penyakit yang boleh dirawat dengan menggunakan produk Jamu Ratu Malaya.

Bukan seperti membeli produk di kedai jamu yang hanya menjual dan sekiranya terdapat apa-apa masalah ketika menggunakan produk, masalah itu akan dituju kepada pihak ibu pejabat. Bonda Rozita tidak mahu kaedah penjualan seperti itu. Bukan itu tujuan Jamu Ratu Malaya ditubuhkan. Bonda Rozita mahu produk beliau benar-benar dapat membantu mengatasi masalah serta penyakit yang sedang dilanda oleh masyarakat dan ejen-ejen mampu memberi penerangan dengan baik

Tetapi sayang, baru-baru ini kami menerima gambar kedai-kedai jamu mula menjual produk Jamu Ratu Malaya. Kejadian ini menyedihkan kami kerana tujuan baik kami telah dianaiya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Kami dapat mengesan beberapa ejen yang memang membekalkan stok kepada kedai-kedai jamu ini dan seperti dijangka, permainan harga juga telah berlaku.

Kerana kejadian ini, Pihak Jamu Ratu Malaya akan mengesan mereka yang membekalkan produk-produk ini kepada kedai jamu dan sekiranya dikenalpasti, mereka ini akan terus dilucutkan keahlian sebagai ejen.

Kami juga menyarankan supaya orang ramai tidak mendapatkan produk-produk Jamu Ratu Malaya dari kedai-kedai jamu kerana segala kesan tidak baik hasil dari penggunaan produk tidak akan dilayan.

Kami hanya membekalkan produk tulen kepada ejen-ejen kami dan pihak Jamu Ratu Malaya sesekali tidak akan bertanggungjawab keatas sebarang kesan sekiranya produk kami didapati daripada pihak selain dari ejen kami. Sila periksa kod ejen bagi memastikan individu yang menjual tersebut adalah ejen sah atau pun tidak.

Sekian, salam maaf dari kami.

Pengedar Jamu Ratu Malaya Online

Carian Berkaitan:

1 thought on “Jamu Ratu Malaya Tidak Boleh Di Jual di Kedai Jamu Atau Toko Kecantikan Biasa.

  1. Saya berminat untuk menjadi Stokist di Singapura.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *